Friday 11 November 2011

ada apa dengan nombor ?

assalamualaikum dan selamat pagi ^^

semua orang suka yang cantik macam tarikh hari la cantik lawa hensem macho semua nya lengkap . padel dok usha la facebook ni ramai la orang post tentang tarikh 11.11.11 ni kan . pening kepala pun ada gak sebab semua pakat post benda yang sama kan. banyak la kisah kisah keluar mengenai hari ini kan contohnya :

Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg beratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11. -alongxp-

kisah di atas ni padel tak tahu la sahih ke tak tapi padel da la print screen isu 11.11.11 ni dari ustaz idrus



11.11.11 ~ nothing special except --> Today is FRIDAY ~ Specialnya tarikh 11.11.11 ~ sebab ~~> Jumaat penghulu segala hari dan pada hari jumaat juga:

1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Saturday 5 November 2011

facebook oh facebook



bila dah borink ni blog la jadi pilihan untuk luangkan masa selepas dah tak larat nak berfacebook ni . hari ni padel ada baca paper kosmo tentang facebook. untungla facebook kan asyik dapat nama ja nama padel ni tamau plak keluar dalam paper kan ;p so padel nak kongsi pembacaan padel dengan semua pembaca blog padel tentang santau dan sihir. boleh ke santau melalui facebook??? mestilah boleh sebab ada orang yang dah kena sihir guna gambar kat akaun facebook dia . nama penuh mangsa padel tak tahu tapi lebih dikenali sebagai ira muda lagi baru 22 tahun . untuk penerangan lanjut boleh la klik sini kalau boleh kita cuba private or hide gambar yang tak berapa nak perlu 2 takut jadi macam ira ni . beringat sebelum kena kalau dah kena padan muka..hahahaha..gurau ja ye kalau dah kena jumpa lah pakar jangan nak tangguh-tangguh takut lagi teruk nanti .semoga hidup anda ceria dan dirahmati ALLAH selalu ^^

bila hati dah kata...

hari ni hati padel ni tiba-tiba rasa serasi dengan lagu patriotik ni . padel pun letak la beberapa lagu patriotik kat music player padel . so boleh juga promote kan lagu2 patriotik ni sebab boleh kata ramai antara muda mudi hari ni tak berapa tau dan yang tau pun tak ambil peduli. kita tak perlu la nak tunggu hari merdeka je kan baru nak dengar. bila padel dengar lagu2 ni padel rasa bersyukur la sebab kita ni aman lagi makan pun cukup tak macam setengah negara lain tapi rasa sedih pun ada terutamanya bila dengar lagu warisan anak kecil main api. sangat mendalam maksud dia menusuk kalbu la orang cakap. pada para pembaca blog padel dan orang kat luar sana hargai dan sayangi lah negara kita MALAYSIA. memandangkan esok hari raya kan. rasa korban @aidiladha bukan raya puasa ye ^^ padel ucapkan selamat hari raya aidiladha 

Friday 4 November 2011

follow follow follow !!!


borink petang bie tak tahu nak buat pe padel pun usha sat segmen pencarian blog bawah 500 ramai juga yang join segmen ni setakat ni padel baru follow 15 ja dari list yang ada malam nanti lepas balek kerja padel teruskan usaha nak follow semua blog yang ada kat situ . padel dah intai beberapa blog tadi rasa nya padel la paling sikit follower nya :( tapi takpelah slow2 la kan . bagi padel yang lebih penting padel dapat ilmu baru dan idea baru untuk blog padel ni . berbloggimg sememangnya best ^^