Friday, 11 November 2011

ada apa dengan nombor ?

assalamualaikum dan selamat pagi ^^

semua orang suka yang cantik macam tarikh hari la cantik lawa hensem macho semua nya lengkap . padel dok usha la facebook ni ramai la orang post tentang tarikh 11.11.11 ni kan . pening kepala pun ada gak sebab semua pakat post benda yang sama kan. banyak la kisah kisah keluar mengenai hari ini kan contohnya :

Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg beratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11. -alongxp-

kisah di atas ni padel tak tahu la sahih ke tak tapi padel da la print screen isu 11.11.11 ni dari ustaz idrus



11.11.11 ~ nothing special except --> Today is FRIDAY ~ Specialnya tarikh 11.11.11 ~ sebab ~~> Jumaat penghulu segala hari dan pada hari jumaat juga:

1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


Saturday, 5 November 2011

facebook oh facebook



bila dah borink ni blog la jadi pilihan untuk luangkan masa selepas dah tak larat nak berfacebook ni . hari ni padel ada baca paper kosmo tentang facebook. untungla facebook kan asyik dapat nama ja nama padel ni tamau plak keluar dalam paper kan ;p so padel nak kongsi pembacaan padel dengan semua pembaca blog padel tentang santau dan sihir. boleh ke santau melalui facebook??? mestilah boleh sebab ada orang yang dah kena sihir guna gambar kat akaun facebook dia . nama penuh mangsa padel tak tahu tapi lebih dikenali sebagai ira muda lagi baru 22 tahun . untuk penerangan lanjut boleh la klik sini kalau boleh kita cuba private or hide gambar yang tak berapa nak perlu 2 takut jadi macam ira ni . beringat sebelum kena kalau dah kena padan muka..hahahaha..gurau ja ye kalau dah kena jumpa lah pakar jangan nak tangguh-tangguh takut lagi teruk nanti .semoga hidup anda ceria dan dirahmati ALLAH selalu ^^

bila hati dah kata...

hari ni hati padel ni tiba-tiba rasa serasi dengan lagu patriotik ni . padel pun letak la beberapa lagu patriotik kat music player padel . so boleh juga promote kan lagu2 patriotik ni sebab boleh kata ramai antara muda mudi hari ni tak berapa tau dan yang tau pun tak ambil peduli. kita tak perlu la nak tunggu hari merdeka je kan baru nak dengar. bila padel dengar lagu2 ni padel rasa bersyukur la sebab kita ni aman lagi makan pun cukup tak macam setengah negara lain tapi rasa sedih pun ada terutamanya bila dengar lagu warisan anak kecil main api. sangat mendalam maksud dia menusuk kalbu la orang cakap. pada para pembaca blog padel dan orang kat luar sana hargai dan sayangi lah negara kita MALAYSIA. memandangkan esok hari raya kan. rasa korban @aidiladha bukan raya puasa ye ^^ padel ucapkan selamat hari raya aidiladha 

Friday, 4 November 2011

follow follow follow !!!


borink petang bie tak tahu nak buat pe padel pun usha sat segmen pencarian blog bawah 500 ramai juga yang join segmen ni setakat ni padel baru follow 15 ja dari list yang ada malam nanti lepas balek kerja padel teruskan usaha nak follow semua blog yang ada kat situ . padel dah intai beberapa blog tadi rasa nya padel la paling sikit follower nya :( tapi takpelah slow2 la kan . bagi padel yang lebih penting padel dapat ilmu baru dan idea baru untuk blog padel ni . berbloggimg sememangnya best ^^

result dan petua ^^

balek dari kerja macam  biasalah padel online semua kawan padel buat status result ada yang tersenyum sebab dapat dean list  ada yang bersyukur sebab tak kena repeat ada juga yang meluat dan putus asa sebab kena repeat ada kawan padel tanya result padel macam mana padel cakap la taktau sebab padel dah lupa pasword email padel ^^ padel check la dalam pukul 9 pagi nanti kalau sempat kalau tak check bila buka semester nanti jela rasanya ...hahahaha padel nak ucap kan tahniah pada siapa yang lulus dengan cemerlang gemilang dan terbilang tu dan pada siapa yang kurang bernasib baik tu jangan la sedih lama sangat mungkin bukan rezaki kita kali ni ambil la kesempatan ni untuk jadi kan kekurangan kita sekarang ni sebab titik permulaan untuk mencorak masa depan yang gilang gemilang ^^

hari ni padel nak kongsi la satu kaedah atau petua yang boleh kita lakukan supaya kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai apa yang kita hajati ^^


“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”


dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

semua dekat luar sana boleh la amalkan petua ni sebab banyak manfaat yang kita boleh dapat 
selamat beramal ^^

Thursday, 3 November 2011

Pencarian Blog Follower Bawah 500


padel baru ja buat blog memang kerja padel la suka intai blog orang lain kan ^^ tadi padel baru ja tengok blog kawan padel badriah ada la tentang segmen ni padel ni memang minat berkawan so join la segmen ni untuk tambah kenalan dan cari lagi banyak ilmu dan idea dalam blogging ni sapa yang nak join cam padel boleh klik sini ^^

entry padel suka ^^

dah pukul 4.00 pagi tapi mata padel ni still tak mau lelap lagi padel pun online la bila dah borink 2 tengok la plak video
ainan tasneem dekat youtube padel taktau sangat tentang budak ni tapi dia member kawan padel her voice not bad ^^ still tak boleh nak tidur padel pun online la balik padel tertarik la dengan entry dalam blog tujuhpetalahati padel nak kongsi kan pe yang padel baca tentang isi hati penulis blog ni .
selamat membaca ^^

kenapa aku tak ber-couple?
Alhamdulillah, masuk hari ni genap umur aku 20 tahun. Sudah masuk ke fasa puluh. Tiada lagi belas belas. Oh, dah tua rupanya aku. Tapi tak apa. orang kata 20-an ni masih remaja. Kan?

Soalan soalan cliche yang biasa aku dengar pada usia usia macam ni biasanya; "Bila nak kawen?", "Ai, ustaz,ustaz dah ada ustazah ke belum?", ataupun "Aik,jalan sorang ja? mana awek hang?"

Yang pertama sekali, aku mintak maaf kepada penanya penanya soalan tu. Mungkin jawapan yang akan aku beri akan mengecewakan mereka. Mungkin jawapan yang akan aku beri diluar jangkaan mereka. Dan mungkin jawapan yang akan aku beri akan dianggap pelik oleh mereka.

Dan jawapan aku adalah; Aku tak ada awek.

Ya, anda boleh baca ayat dia atas berulang ulang kali kalau tak percaya. Percayalah. Dalam usia 20-an ni aku masih tak ada insan disisi yang bergelar awek,kekasih,gewe,sayang,anje,baby,babygirl, dan yang semaksud dengannya.

Apa aku ni tak normalkah? Jangan risau. Aku masih normal dan semestinya aku bukan sonsang. Na'uzubillah.

Dah kalau normal jadi kenapa tak kapel? Patutnya usia usia macamni la orang cari jodoh, cari peneman dikala duka lara, cari penyuntik semangat, cari pengubat rindu, cari penawar hati dan macam macam lagi.

Kawan kawan sebaya dan yang lagi muda dari aku dah 3-4 kali clash. Maybe ada yang sampai berpuluh kali clash. Ada yang berkepit dengan 3-4 orang serentak Ada yang berskandal sana sini. Terbaru, sorang kawan sekolah aku dah kahwin. Lagi hebat, ada junior aku pun dah kahwin dan dah dapat anak pun.

So, boleh ke aku hidup tanpa couple atau berpasangan dalam usia macam ni?

Jawab aku mudah. Alhamdulillah aku masih hidup dan tak pernah rasa macam nak nazak sebab tak couple.

Aku tak nafikan yang hati kecik aku ni memang meronta ronta mintak dicarikan pasangan. Lubang dalam hati aku memang berdegup degup mintak diisi dengan sesuatu yang boleh memenuhi ruang kosong yang ada. Taktaulah kosong kat mana. Mungkin hujung hujung aorta atau dekat dengan left ventricle, atau mungkin ditengah tengah diantara right dan left atrium. Siapa tahu?

Dalam hal ni, aku tak boleh nak marah gumpalan daging sebelah kiri dada aku ni. Beliau tak bersalah.

Memang Tuhan ciptakan kita berpasang pasangan. Memang Tuhan suntikkan kasih, cinta, sayang dalam diri semua manusia. Bahkan binatang pun ada semua perasaan tu. Jadi siapa aku nak menepis dan menolak semua  tu kan?

Cuma aku ada prinsip. Prinsip ni la yang aku pegang dan prinsip ni la yang buat aku tak couple couple sampai sekarang:

1. Aku tak bersedia. Bagi aku, couple tu dah macam persediaan nak kahwin. Sejujurnya aku memang tak sedia lagi nak kahwin. Baik dari segi mental, fizikal, kewangan, ilmu, semangat. Semuanya aku tak ready lagi. Bukan 100% tak ready,tapi aku tengah mempersiapkan diri ke arah tu. Dan bila aku betul betul ready nanti barulah aku akan mula mencari.

Contoh yang tepat dan simple yang aku boleh analogikan kat sini adalah sebuah rumah. Rumah yang masih dalam pembinaan boleh ke kita panggil dia sebagai rumah? Ya. boleh. Cuma namanya adalah 'Rumah Tak Siap'. Bolehke kita tinggal dirumah tu? Ya, boleh. Tapi tanggung la sendiri akibatnya. Faham? Cubalah tanya couple couple yang berdating kat mana mana. Ada ke yang betul betul dah redi nak kahwin? Yang lelakinya duit nak belanja pun harapkan PTPTN, ni kan pulak nak bela anak orang. Yang perempuan pulak silap silap SPM pun tak lepas lagi. Ready-kah mereka nak tempuh alam baru tu?

2. Sebab kedua aku tak couple adalah sebab membazir. Membazir masa dan membazir duit. Bagi aku, buat apa membazir semua ni untuk orang yang tak konfem lagi jadi milik kita. Bayangkan beratus ratus atau beribu  duit habis buat belanja awek, beli hadiah, topup. Weekend keluar dating. Bergayut berjam jam kat telefon. Last last kahwin dengan orang lain. Rugi. Ya. memang kita tak tau siapa jodoh kita. Dah kalau taktau sapa jodoh kita yang gatal bazirkan semua tu buat apa?

Aku tak sanggup nak bazir semua tu. Aku jugak takmau si dia membazir benda yang sama kat aku. Jadi biarlah aku single. Baik aku kumpul duit apgred motor ke, tukar lens kamera ke, takpon menabung siap siap untuk duit kahwin. Tak gitu?

3. Senang cerita aku ni jenis memilih. Eh. aku ada banyak pilihan. Hak aku la nak pilih sapa sapa pun kan? Lumrah manusia nak yang sempurna. Baik laki atau perempuan. Kedua dua nak yang terbaik untuk pasangan hidup.

Jadi sekarang, biarlah aku 'usya' dari jauh dulu. Tengok dulu kelakuan orang yang aku minat tu. Kalau kalau ada yang tak ngam dengan aku. Nanti kahwin, menyesal tak sudah. Walaupun dalam hati ni ya Tuhan, Dia saja yang tahu. Betapa aku dah tangkap cintan ngan beliau. :D

4. Ini satu lagi masalah. Hati senang berbolak balik, berbelah bahagi, bersimpang siur dan macam macam lagi. maksudnya? Ni ha. hati ni. senang sangat minat kat orang tu, suka kat orang ni. Sampai kadang kadang aku konfius. Apa beza minat, suka, cinta dan sayang? Aku percaya, bukan aku sorang yang rasa macamni. Lelaki, perempuan. Sama ja. Sebab tu dalam dunia ni ada istilah macam curang, skandal, cerai, pisah, clash dan macam macam lagi. Semua ni puncanya satu. Hati yang berbolak balik.

Aku mengaku. Dalam hati memang aku ada 'crush','admire' atau ringkasnya perempuan yang aku minat. Eleh, semua orang mesti ada 'crush' punyalah. Jangan tipula. Minat gila. Suka tengok kelakuan dia. Baik. Sopan. Solehah. Comel pulak tu. Putih melepak. Tapi. Kadang kadang bila nampak perempuan lain yang lagi cantik atau better sikit dari dia, terus hati aku berubah. Itu yang aku risau. Itu yang buat aku cancel dari nak luahkan isi hati aku. Takut. Takut dia teraniaya. Tak kurang jugak takut di'reject'.

Pernah aku dengar ungkapan menarik. Bunyinya macamni; "Kalau anda suka 2 orang pada masa yang sama dan keliru nak memilih yang mana satu, maka pilihlah yang kedua. Kerana jika anda betul betul cintakan yang pertama, maka pastinya tiada yang kedua." Mendalam maksudnya.

5. Asbab kelima kenapa aku tak 'couple' ni adalah aku takut dengan fitnah orang. Yelah. dah kalau aku 'declare' couple dengan sorang ni, mesti la orang akan tengok macamana hubungan aku dengan dia. Bila orang tengok, otomatik mereka akan komen. Kalau tak banyak, sikit. Mesti punyalah. Alah. Macam aku jugak. Tengok orang tu couple dengan orang ni, mesti nak bergosip. Dah tak pasal pasal dosa kering.

Memangla orang yang memfitnah tu yang dapat dosa, dan orang yang kena fitnah tu dapat pahala (kalau boleh sabar la). Tapi masalahnya ada ke orang dalam dunia ni yang suka difitnah? Kalau dapat pahala pun, kita tetap tak suka difitnah. Jadi, aku ambik jalan selamat untuk tak couple. Elakkan kontrovesi, tingkatkan prestasi.

6. Yang terakhir, sebab aku tak couple adalah kerana aku sayang dia. Sayang sangat sangat. Tapi aku hanya mampu sayang dari jauh. Hanya mampu pendam rasa dalam hati. Biarlah rasa sayang tu nak masak ranum ke, berulat ke, janji aku buat apa yang aku rasa betul.

Sebab sayang, aku tak berani nak dekati dia, takut orang mengata dia berhubungan dengan aku yang tak seberapa perangainya ni. Sebab sayang jugak aku simpan rasa ni sebab aku takmau cemarkan ke-solehah-an dia dengan mendalah couple ni. Dan sebab sayang jugak aku simpan hasrat nak luah isi hati aku ni sebab takut kalau kalau dia bukan ditetapkan untuk aku.

Biarlah, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, biar dia bahagia dengan hidup dia, dan aku akan cuba bahagia dengan hidup aku.

Alhamdulillah. setakat ni aku boleh kawal perasaan aku ni. Ke depan ni tak tau la. Harap harap ditetapkan hati ni. Moga allah tetapkan hati yang selalu berbolak balik ni.

Amiin

pada insan kat luar sana yang single ke baru single balik ke jangan terburu-buru nak cari pasangan steady ja macam penulis blog tujuhpetalahati ni kalau ada jodoh bersatu juga ^^

YA ALLAH SEMBUHKAN DIA...

malam sunyi sepi dan gelap ni padel teringat la kawan facebook padel yang terlibat dalam satu kemalangan dan masih tak sedarkan diri lagi dia masih lagi dirawat di hospital keadaan dia padel tak berapa tahu sangat tapi kalau tak silap padel tangan dia patah dan muka dia 2 ada la terjejas sikit pada semua dekat luar sana doakan semoga dia cepat sembuh dan dapat  menjalani hidup macam biasa ...AMIN...




pesanan padel pada orang kat luar sana berhati hati lah dan beringat sebelum kena sebab malang tak berbau

Wednesday, 2 November 2011

miz da moment ....

masuk hari ni  dah 2 minggu kerja..penat kot kerja dengan tokey yang sangat 'BAGUS' memang rasa nak patah tulang la..tapi pape pun demi program MINI TUNAS MEKAR  so gagah kan diri gakla keje sini . hari ni padel nak cerita tentang tempat kerje padel bukan yang baru ni tapi yang lama THE GATE CAFE. cafe ni ada 2 cawangan setakat ni 1 dekat kuala kangsar dan lagi 1 di taiping .



ni scene waktu malam dekat kuala ^^


padel kerja sini waktu lepas spm dulu...mula2 rasa biasa ja kerje sini tapi lama2 rasa best rasa macam malas nak berhenti sebab orang yang kerje dekat sini semua baik dan sporting  ^^


yang tepi sekali pakai baju hitam 2 kak fiza ..dia suka marah padel..hahahaha..tapi dia baik :) sekarang ni masih ingat rasa macam nak kena marah lagi dengan dia...hahahaha emmm yang pakai baju pink ni kak mai ..lawa tapi dah berkahwin ;p
emmm kak mai baik dengan padel suka kerja dengan dia tapi sekarang ni jarang jumpa dah :(


yang laki sedang mengarang ayat2 puitis ni pulak chef pjoi @ abg pjoi ...kahwin muda ^^ dia la masak dekat sini selalu kalau ada makanan tak habis dia suruh bawa balik...memang sedap dia masak ^^


yang muka macam amoi ni plak kak nina...dia ni baik lawa lak 2 ^^ tapi sekarang dia tak kerja dah kat cafe 2 jadi assistant lab kt sekolah plak..hot asst lab :D

setakat ni jela padel kongsi kan kisah padel..hope can meet them again..miss the moment ^^

Tuesday, 1 November 2011

angan angan itu perlu ^^

boring2 petang ni sebelum nak pergi kerja padel nak kongsi satu cerita motivasi pada semua..yelah hidup ni kalau takda motivasi mana boleh go kan pada semua dekat luar 2 harap lebih semangat la lepas baca cerita ni
"try 1001 ways to achieve your dream"
selamat membaca ^^
Kisah ini adalah tentang Monty Robnerts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda.

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

Pemuda ini kehairanan. Oleh itu selepas kelas pemuda ini pun pergi berjumpa dengan guru tersebut. Dia ingin bertanya kenapa dia mendapat F. Setahunya, dia telah membuat yang terbaik.

Jawab guru tersebut,

Impian ini adalah mustahil untuk pemuda seperti awak.Awak tidak mempunyai duit. Awak datang daripada keluarga yang hidup tak tetap, suka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Awak tidak mempunyai sumber.Untuk memiliki ladang perternakan awak perlu mempunyai duit yang banyak.Awak perlu membeli tanah. Awak perlu membayar sejumlah duit yang besar untuk mendapatkan baka yang asli. Dan awak juga perlu membayar tempat untuk menternaknya. Tiada jalan menunjukkan awak mampu melakukannya”

“Kalau awak menulis semula matlamat atau impian awak yang lebih realistik mungkin saya akan mempertimbangkan gred awak”

Pemuda tersebut pun balik ke rumah untuk memikirkannya. Dia mengambil masa yang lama untuk memikirkannya. Bagai ditelan mati emak diluah mati bapa. Dia tidak sanggup membuang impiannya. Tetapi jika dia tidak lakukan demikian keputusan peperiksaannya akan terjejas. Jadi dia pun merujuk kepada bapanya untuk mendapat pandangan.
Bapanya menyuruhnya membuat keputusan sendiri. Menurut bapanya, keputusan ini adalah perkara yang penting mengenai kehidupannya. Oleh itu, dia sendiri yang perlu menentukannya.Selepas seminggu memikirkan perkara tersebut, dia pun mengambil keputusan.

Dia akan mengembali kertas kerja tersebut tanpa mengubah matlamatnya. Dia nekad.

“ Cikgu boleh simpan gred yang diberikan cikgu kepada saya tetapi saya tetap akan menyimpan impian saya.”

Beberapa tahun kemudian, apa yang yang digambarkan dalam kertas mula menjadi realiti. Budak tersebut kini memiliki rumah seluas 4000 kaki dan ladang kuda seluas 200 ekar. Kertas tersebut masih lagi disimpannya dan dibingkaikan.

Ketika guru tersebut berjumpa dengan Morty, guru tersebut hanya mampu bercakap,

“Lihat, Monty. Saya rasa saya boleh cakapkannya sekarang. Semasa saya menjadi cikgu awak, saya merupakan pencuri impian. Saya telah mencuri ramai impian budak-budak kecil. Awak sungguh bernasib baik kerana awak tidak pernah putus asa dengan impian awak .“  

masih ada ruang :)

pagi2 nie tak boleh tidur la plak..dah tak tahu nak buat pe kan so padel buat entry ni khas untuk my pretty sis bubu...she have prob right now and padel faham dia tengah bergelut dengan masalah dia 2...so i hope u can be strong girl k :)
memandang kan dia tengah stress masa ni  padel post  la some joke nie ^^

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..



Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????



Citer 3
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!



Citer 4
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..



Citer 5
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”



Citer 6
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”


Citer 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…




this songs 4 u..hope u like it ^^