Thursday, 3 November 2011

entry padel suka ^^

dah pukul 4.00 pagi tapi mata padel ni still tak mau lelap lagi padel pun online la bila dah borink 2 tengok la plak video
ainan tasneem dekat youtube padel taktau sangat tentang budak ni tapi dia member kawan padel her voice not bad ^^ still tak boleh nak tidur padel pun online la balik padel tertarik la dengan entry dalam blog tujuhpetalahati padel nak kongsi kan pe yang padel baca tentang isi hati penulis blog ni .
selamat membaca ^^

kenapa aku tak ber-couple?
Alhamdulillah, masuk hari ni genap umur aku 20 tahun. Sudah masuk ke fasa puluh. Tiada lagi belas belas. Oh, dah tua rupanya aku. Tapi tak apa. orang kata 20-an ni masih remaja. Kan?

Soalan soalan cliche yang biasa aku dengar pada usia usia macam ni biasanya; "Bila nak kawen?", "Ai, ustaz,ustaz dah ada ustazah ke belum?", ataupun "Aik,jalan sorang ja? mana awek hang?"

Yang pertama sekali, aku mintak maaf kepada penanya penanya soalan tu. Mungkin jawapan yang akan aku beri akan mengecewakan mereka. Mungkin jawapan yang akan aku beri diluar jangkaan mereka. Dan mungkin jawapan yang akan aku beri akan dianggap pelik oleh mereka.

Dan jawapan aku adalah; Aku tak ada awek.

Ya, anda boleh baca ayat dia atas berulang ulang kali kalau tak percaya. Percayalah. Dalam usia 20-an ni aku masih tak ada insan disisi yang bergelar awek,kekasih,gewe,sayang,anje,baby,babygirl, dan yang semaksud dengannya.

Apa aku ni tak normalkah? Jangan risau. Aku masih normal dan semestinya aku bukan sonsang. Na'uzubillah.

Dah kalau normal jadi kenapa tak kapel? Patutnya usia usia macamni la orang cari jodoh, cari peneman dikala duka lara, cari penyuntik semangat, cari pengubat rindu, cari penawar hati dan macam macam lagi.

Kawan kawan sebaya dan yang lagi muda dari aku dah 3-4 kali clash. Maybe ada yang sampai berpuluh kali clash. Ada yang berkepit dengan 3-4 orang serentak Ada yang berskandal sana sini. Terbaru, sorang kawan sekolah aku dah kahwin. Lagi hebat, ada junior aku pun dah kahwin dan dah dapat anak pun.

So, boleh ke aku hidup tanpa couple atau berpasangan dalam usia macam ni?

Jawab aku mudah. Alhamdulillah aku masih hidup dan tak pernah rasa macam nak nazak sebab tak couple.

Aku tak nafikan yang hati kecik aku ni memang meronta ronta mintak dicarikan pasangan. Lubang dalam hati aku memang berdegup degup mintak diisi dengan sesuatu yang boleh memenuhi ruang kosong yang ada. Taktaulah kosong kat mana. Mungkin hujung hujung aorta atau dekat dengan left ventricle, atau mungkin ditengah tengah diantara right dan left atrium. Siapa tahu?

Dalam hal ni, aku tak boleh nak marah gumpalan daging sebelah kiri dada aku ni. Beliau tak bersalah.

Memang Tuhan ciptakan kita berpasang pasangan. Memang Tuhan suntikkan kasih, cinta, sayang dalam diri semua manusia. Bahkan binatang pun ada semua perasaan tu. Jadi siapa aku nak menepis dan menolak semua  tu kan?

Cuma aku ada prinsip. Prinsip ni la yang aku pegang dan prinsip ni la yang buat aku tak couple couple sampai sekarang:

1. Aku tak bersedia. Bagi aku, couple tu dah macam persediaan nak kahwin. Sejujurnya aku memang tak sedia lagi nak kahwin. Baik dari segi mental, fizikal, kewangan, ilmu, semangat. Semuanya aku tak ready lagi. Bukan 100% tak ready,tapi aku tengah mempersiapkan diri ke arah tu. Dan bila aku betul betul ready nanti barulah aku akan mula mencari.

Contoh yang tepat dan simple yang aku boleh analogikan kat sini adalah sebuah rumah. Rumah yang masih dalam pembinaan boleh ke kita panggil dia sebagai rumah? Ya. boleh. Cuma namanya adalah 'Rumah Tak Siap'. Bolehke kita tinggal dirumah tu? Ya, boleh. Tapi tanggung la sendiri akibatnya. Faham? Cubalah tanya couple couple yang berdating kat mana mana. Ada ke yang betul betul dah redi nak kahwin? Yang lelakinya duit nak belanja pun harapkan PTPTN, ni kan pulak nak bela anak orang. Yang perempuan pulak silap silap SPM pun tak lepas lagi. Ready-kah mereka nak tempuh alam baru tu?

2. Sebab kedua aku tak couple adalah sebab membazir. Membazir masa dan membazir duit. Bagi aku, buat apa membazir semua ni untuk orang yang tak konfem lagi jadi milik kita. Bayangkan beratus ratus atau beribu  duit habis buat belanja awek, beli hadiah, topup. Weekend keluar dating. Bergayut berjam jam kat telefon. Last last kahwin dengan orang lain. Rugi. Ya. memang kita tak tau siapa jodoh kita. Dah kalau taktau sapa jodoh kita yang gatal bazirkan semua tu buat apa?

Aku tak sanggup nak bazir semua tu. Aku jugak takmau si dia membazir benda yang sama kat aku. Jadi biarlah aku single. Baik aku kumpul duit apgred motor ke, tukar lens kamera ke, takpon menabung siap siap untuk duit kahwin. Tak gitu?

3. Senang cerita aku ni jenis memilih. Eh. aku ada banyak pilihan. Hak aku la nak pilih sapa sapa pun kan? Lumrah manusia nak yang sempurna. Baik laki atau perempuan. Kedua dua nak yang terbaik untuk pasangan hidup.

Jadi sekarang, biarlah aku 'usya' dari jauh dulu. Tengok dulu kelakuan orang yang aku minat tu. Kalau kalau ada yang tak ngam dengan aku. Nanti kahwin, menyesal tak sudah. Walaupun dalam hati ni ya Tuhan, Dia saja yang tahu. Betapa aku dah tangkap cintan ngan beliau. :D

4. Ini satu lagi masalah. Hati senang berbolak balik, berbelah bahagi, bersimpang siur dan macam macam lagi. maksudnya? Ni ha. hati ni. senang sangat minat kat orang tu, suka kat orang ni. Sampai kadang kadang aku konfius. Apa beza minat, suka, cinta dan sayang? Aku percaya, bukan aku sorang yang rasa macamni. Lelaki, perempuan. Sama ja. Sebab tu dalam dunia ni ada istilah macam curang, skandal, cerai, pisah, clash dan macam macam lagi. Semua ni puncanya satu. Hati yang berbolak balik.

Aku mengaku. Dalam hati memang aku ada 'crush','admire' atau ringkasnya perempuan yang aku minat. Eleh, semua orang mesti ada 'crush' punyalah. Jangan tipula. Minat gila. Suka tengok kelakuan dia. Baik. Sopan. Solehah. Comel pulak tu. Putih melepak. Tapi. Kadang kadang bila nampak perempuan lain yang lagi cantik atau better sikit dari dia, terus hati aku berubah. Itu yang aku risau. Itu yang buat aku cancel dari nak luahkan isi hati aku. Takut. Takut dia teraniaya. Tak kurang jugak takut di'reject'.

Pernah aku dengar ungkapan menarik. Bunyinya macamni; "Kalau anda suka 2 orang pada masa yang sama dan keliru nak memilih yang mana satu, maka pilihlah yang kedua. Kerana jika anda betul betul cintakan yang pertama, maka pastinya tiada yang kedua." Mendalam maksudnya.

5. Asbab kelima kenapa aku tak 'couple' ni adalah aku takut dengan fitnah orang. Yelah. dah kalau aku 'declare' couple dengan sorang ni, mesti la orang akan tengok macamana hubungan aku dengan dia. Bila orang tengok, otomatik mereka akan komen. Kalau tak banyak, sikit. Mesti punyalah. Alah. Macam aku jugak. Tengok orang tu couple dengan orang ni, mesti nak bergosip. Dah tak pasal pasal dosa kering.

Memangla orang yang memfitnah tu yang dapat dosa, dan orang yang kena fitnah tu dapat pahala (kalau boleh sabar la). Tapi masalahnya ada ke orang dalam dunia ni yang suka difitnah? Kalau dapat pahala pun, kita tetap tak suka difitnah. Jadi, aku ambik jalan selamat untuk tak couple. Elakkan kontrovesi, tingkatkan prestasi.

6. Yang terakhir, sebab aku tak couple adalah kerana aku sayang dia. Sayang sangat sangat. Tapi aku hanya mampu sayang dari jauh. Hanya mampu pendam rasa dalam hati. Biarlah rasa sayang tu nak masak ranum ke, berulat ke, janji aku buat apa yang aku rasa betul.

Sebab sayang, aku tak berani nak dekati dia, takut orang mengata dia berhubungan dengan aku yang tak seberapa perangainya ni. Sebab sayang jugak aku simpan rasa ni sebab aku takmau cemarkan ke-solehah-an dia dengan mendalah couple ni. Dan sebab sayang jugak aku simpan hasrat nak luah isi hati aku ni sebab takut kalau kalau dia bukan ditetapkan untuk aku.

Biarlah, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, biar dia bahagia dengan hidup dia, dan aku akan cuba bahagia dengan hidup aku.

Alhamdulillah. setakat ni aku boleh kawal perasaan aku ni. Ke depan ni tak tau la. Harap harap ditetapkan hati ni. Moga allah tetapkan hati yang selalu berbolak balik ni.

Amiin

pada insan kat luar sana yang single ke baru single balik ke jangan terburu-buru nak cari pasangan steady ja macam penulis blog tujuhpetalahati ni kalau ada jodoh bersatu juga ^^

4 comments:

bubu areiqa said...

like it :)

noor badriah said...

suka baca entry ni. betul apa yg padel tulis. insyaAllah Allah akan bg padel seorang wanita yg cantik dan solehah. teruskan niat padel tu taw =)

muhd fadhil said...

thankx bad =)

LilY iKien said...

hahhaa , bgus punya entry ~ like 100 kali~ hahaa