Friday, 4 November 2011

result dan petua ^^

balek dari kerja macam  biasalah padel online semua kawan padel buat status result ada yang tersenyum sebab dapat dean list  ada yang bersyukur sebab tak kena repeat ada juga yang meluat dan putus asa sebab kena repeat ada kawan padel tanya result padel macam mana padel cakap la taktau sebab padel dah lupa pasword email padel ^^ padel check la dalam pukul 9 pagi nanti kalau sempat kalau tak check bila buka semester nanti jela rasanya ...hahahaha padel nak ucap kan tahniah pada siapa yang lulus dengan cemerlang gemilang dan terbilang tu dan pada siapa yang kurang bernasib baik tu jangan la sedih lama sangat mungkin bukan rezaki kita kali ni ambil la kesempatan ni untuk jadi kan kekurangan kita sekarang ni sebab titik permulaan untuk mencorak masa depan yang gilang gemilang ^^

hari ni padel nak kongsi la satu kaedah atau petua yang boleh kita lakukan supaya kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai apa yang kita hajati ^^


“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”


dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

semua dekat luar sana boleh la amalkan petua ni sebab banyak manfaat yang kita boleh dapat 
selamat beramal ^^

No comments: